Macam mana nak hantar domain name ke search engine Google
Wednesday, February 25, 2009Bagi nama domain baru anda perlu hantar nama domain anda ke search engine seperti Google, Yahoo atau MSN untuk membolehkan search engine mendapat maklumat berkenaan website dan blog anda dan apabila pengguna mencari sesuatu produk atau maklumat, website atau blog anda akan keluar pada search result jika maklumat yang dicari ada pada isi kandungan website atau blog anda.
Biasanya search engine akan mendapat isi kandungan di website atau blog anda dengan menghantar agen yang biasanya dipanggil spider atau robot. Setiap search engine ada agen robot mereka sendiri sebagai contoh google mengunakan agen googlebot dan beberapa lagi sebagai nama agen robot mereka. Agen ini akan merayap (crawl) dan mengambil isi kandungan website dan blog anda dan akan di simpan untuk membolehkan pencarian di search engine dapat dilakukan.
Bagi Google anda boleh menghantar domain anda di http://www.google.com/submityourcontent/index.html


Anda akan mendapat ucapan terima kasih pada akhir page setelah anda click pada Add URL.
Bagi yahoo dan MSN saya akan tulis pada lain artikel. Stay tuned..
Related Post
- Macam mana nak hantar nama domain ke search engine MSN
- Track pengunjung laman web anda dengan Google Analytics
- Macam mana nak buat blog? Berapa kosnya?







faseven Blog - Macam mana nak hantar nama domain ke search engine MSN says:
February 28th, 2009 at 3:33 pm
[...] Macam mana nak hantar domain name ke search engine Google 0 Comments Since Wednesday, February 25, 2009, 21:03 [...]