Macam mana nak buat blog? Berapa kosnya?

Tuesday, December 30, 2008
Artikel didalam kategori macam mana nak, panduan

Aku takde ilmu dalam dunia nak buat website ni. Lagipun susah nak buat laman web, nak kena belajar itu ini. Nak belajar pun kena bayar. Kat mana boleh kita belajar nak buat laman web? Ada ker tempat belajar nak buat laman web? berapa ribu nak bayar? lecehlah!

Jika anda serius untuk memulakan laman blog anda sendiri, saya akan beri anda panduan apa yang perlu anda ketahui dan perlu ada dan kos permulaan sebelum memulakan blog.

[WPMID=8] Quote diatas adalah permulaan yang saya fikirkan. Sejak tahun 2002 saya bercita-cita mempunyai blog sendiri. Saya pernah membeli nama domain dan sewa hosting, beli aplikasi seperti Dreamweaver dan selama 6 bulan berhempas pulas tidak menampakkan hasil malah akhirnya saya hanya menghabiskan duit lebih kurang RM300 tanpa apa-apa hasil. Kesilapan saya adalah tak belajar panduan yang betul macam mana nak buat blog dengan betul. Ikut sedap sendiri.

Okey, itu cerita zaman 2002. Kita cerita pasal sekarang pula. Anda nak buat blog bukan? Saya akan beri panduan yang betul bagaimana anda nak memulakan? Apa panduan yang perlu kita cari dan perlu ada? dan berapa kos yang perlu anda keluarkan?

1. Asasnya metilah mempunyai komputer/notebook dan mempunyai sambungan internet.

2. Anda perlu beli ebook Panduan Asas WordPress ‘starter kit’. Kenapa nak kena beli ebook ni pula? Jika anda seorang yang tidak tahu apa-apa tentang blogging, 100% saya cadangkan ebook ini. Sebab anda perlu ada asas tentang membuat blog dan tindakan yang perlu anda lakukan untuk merialisasikan blog anda. Ebook Panduan Asas WordPress ‘starter kit’ akan membantu anda dari A hingga ke Z dan satu persatu apa yang perlu dilakukan mengikut turutan. Bukan itu sahaja [WPMID=3]ebook ini juga mesra pengguna dengan bantuan gambar, jadi lebih mudah untuk anda faham dengan mudah. Kos untuk membeli ebook ini adalah RM50. RM50 ni anda cuma perlu keluar sekali sahaja.

3. Nama domain dan hosting, Jika anda serius ingin memiliki blog dan nak belajar membuat blog anda perlu sewa nama domain dan sewa hosting. Kerana anda perlu membuat praktikel dengan ebook yang anda beli. Ada beberapa syarikat hosting di Malaysia seperti Netkl Network, Exabyte dan lain-lain lagi. Kos sewa hosting ikut syarikat hosting, anda boleh cari syarikat hosting yang tawarkan mengikut kemampuan pengguna. Mengikut sewa yang saya bayar ialah hosting RM60/year dan nama domain percuma jika anda bayar hosting secara tahunan.

Saya telah sewa hosting dari Netkl Network dan memilih pakej basic RM60 dan semasa saya membeli Panduan Asas WordPress “starter kit” saya telah diberi potongan harga sebanyak 10%, jadi saya hanya membayar RM54 untuk hosting dan nama domain free.

4. Mungkin anda jangka ada lagi step seterusnya tapi sebenarnya hanya diatas.

Tahukah anda jika anda mengupah seseorang untuk membangunkan laman web anda boleh mencecah minimun RM500.00. Saya telah berusaha sendiri tidak sampai 3 bulan saya telah menguasai asas html. Asas html adalah perlu untuk anda mengedit reka bentuk blog anda dan banyak lagi fungsi html dalam menyampaikan script pada web browser. Panduan HTML juga diberi percuma apabila anda membeli ebook Panduan Asas WordPress “starter kit”. Dipendekkan cerita segalanya bermula di ebook ini.

Jadi jumlah kos yang saya perlukan untuk bina blog ini adalah : -

RM50 Panduan Asas WordPress “starter kit”
RM54 Hosting dan nama domain
RM0 Lain-lain
RM104 JUMLAH

dan tiap-tiap tahun saya hanya membayar RM54.00 kepada web hoster.

Related Post

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “ Macam mana nak buat blog? Berapa kosnya?”

  1. pali says:

    December 31st, 2008 at 10:44 pm

    rasanya macam nak tambah 1 lagi domain name

  2. erin says:

    July 23rd, 2009 at 5:48 pm

    tak syok bagi menarik lagiii dan kekartunan skit okkkk

  3. pali says:

    July 23rd, 2009 at 9:29 pm

    erin wrote:

    tak syok bagi menarik lagiii dan kekartunan skit okkkk

    Apa yang tak syok dan bagi kekatunan tu yer?

Tinggalkan komen anda