Gmail sticker
Monday, February 2, 2009Dalam blog rasmi Gmail, saya terbaca artikel menarik, mereka nak beri Gmail sticker percuma. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah hantar ke alamat berikut beserta sampul surat dan International Reply Coupon
Send me some Gmail sticker already
P.O. Box 391420
Mountain View, CA 94039-1420

Untuk rakyat Malaysia Pos Malaysia tidak lagi menjual IRC tetapi masih boleh lagi menerima IRC untuk di tebus kepada setem.
Mengikut wikipedia Malaysia adalah salah satu negara berdaftar dalam Universal Postal Union (UPU) yang berdaftar pada 17 January 1958. Sepatutnya Malaysia mempunyai IRC , tapi tidak lagi sekarang
.
Berbalik pada Gmail sticker Malaysia memang tiada lagi IRC untuk anda dapatkan Gmail sticker.
p/s: benda free memang susah.
Di bawah adalah email reply dari Pos Malaysia.

Selamat sejahtera,
Kami memohon maaf di atas kelewatan membalas email tuan.
Berkenaan perkara di atas, dimaklumkan bahawa Pos Malaysia tidak lagi menawarkan perkhidmatan International Reply Coupon (IRC), dan dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak mempunyai alternatif lain bagi menggantikan perkhidmatan ini.
Kami memohon maaf di atas kesulitan yang pihak tuan alami.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad, pihak Pelanggan boleh menghubungi talian PosLine 1 300 300 300 dari 8:30 pagi hingga 9:30 malam setiap Isnin hingga Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan Cuti Umum) atau e-mel ke csc@pos.com.my.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
bagi pihak POS MALAYSIA BERHAD
Ashila Mohamed ArisPusat Khidmat Pelanggan






